Ni kisah semalam, aku nak merungkai kisah seorang dari walk in klien aku yang dtg semalam untuk memfailkan cerai terhadap isterinya. Pakcik ni berumur 75 tahun, telah berkahwin selama 50 tahun dengan isterinya. Lama kan? Dalam 50 tahun berkahwin dia mempunyai 7 orang anak berumur dari 50 hingga 35 tahun. 50 tahun mereka berkahwin dan sanggup bersama menempuh dugaan tanpa memperdulikan apasaja rintangan. Membesarkan anak-anak.
Aku cuma dengar pakcik ni bercerita. Dia mahu ceraikan isterinya hanya kerana dia sudah mempunyai kekasih baru. Gila 75tahun ada kekasih baru. Yang lebih muda dari anaknya yang bongsu. Dia mahu ceraikan si isteri kerana dia tidak mahu pencennya, harta bendanya jatuh ke tangan isterinya yang 50 tahun dikahwininya apabila dia mati nanti.
Tidak ke dia rasa kejam terhadap isteri yang berkhidmat 50 tahun untuk dia. Tapi bila dia dah nak mati, sedikit harta pun dia langsung tak mahu bagi. Sanggup pula dia nak bagi pada perempuan yang baru beberapa bulan dia kenal dan entah berapa lama je akan berkhidmat untuknya.
Kesian si isteri, 50 tahun menghamba diri menjadi nadi kehidupan suami dan anak-anak. Dalam 50 tahun dia menjadi mesin peliharaan suaminya untuk mengeluarkan 7 orang manusia yang diiktiraf sebagai anak. Dalam masa 50 tahun dia bekorban hidup untuk menghambakan diri pada suami yang dicintai. Bila dia sudah tua, si suami yang juga tua tapi tak sedar diri sanggup membuangnya begitu sahaja...
kejamkan?
Thursday, December 3, 2009
Masa muda ditatang, bila dah tua dibuang....
Posted by dina at 10:03 AM 5 pengkomen
Tuesday, December 1, 2009
Dinner kat rumah Mazni (exclassmate aku)
27-11-2009, Mazni call aku invite pegi rumah dia ada makan2 katanya. Aku lak dengar makan2 memang aku kosongkan gudang cacing aku ni 3-4jam. kan aku on diet, so, kena kosongkan betul2 dan baru isi dengan makan tu pun sikit jek tau. Raya2 ni pun memang aku tak makan banyak. even bila kenduri pun aku still makan lauk2 dan sayur tanpa nasi, tu pun perut dah senang, sebab dah sebulan tak makan tengah hari. Bila makan sket jek dah rasa semacam kat perut. Dalam diet2 ni, memang berat aku menurun, sejak lepas raya aku diet sket2, skang berat aku dari 89kg dah turun sampai 84kg... Alhamdulillah, moga-moga tercapai impian aku. hehehehe...
Back to the story, Mazni call gitau ada makan2. Aku lak memang dah janji dengan mak aku nak pick up dia balik Kg Gajah, cousin aku kan bertunang. So, terlanjur tu, mak aku lak suruh aku pick up makcik aku dulu kat Manjoi. Dari Tg Belanja aku terus ke Ipoh. Anak n encik suami kutinggalkan di Tg Belanja. Hahahaa... actually anak aku memang tak nak ikut sebab anak buah aku ada, dia nak main2 dgn anak buah aku. Encik suami lak, kawan baik dia nak bernikah malam tu lepas Maghrib. Dia ajak aku, tapi sebab mak aku takde transport, maka, aku dgn encik suami bawak haluan masing2.
Sampai Manjoi, aku ambik lak, kwn aku si Midah yang gorjes tu. tapi malam tu dia marah aku kata aku gitau last minit nak pegi rumah Maz, tak sempat dia nak pakai bulu mata palsu dia... hehehee... Peristiwa pegi rumah Mazni memang menggelikan hati, aku dengan Midah masa zaman dulu2 memang berjiran dengan Maz. tapi bila dah besar, jalan pun berubah kan, inikan pula orang. Jambatan buruk macam nak runtuh depan rumah Maz tu dah tak de, diganti dengan jambatan ala2 fly over MRR2. So, kerana fly over MRR2 versi depan rumah maz, membuatkan aku tak nampak ada rumah lain di sebalik jambatan tu.
Aku dengan midah keluar jek kereta terus menuju rumah yang penuh ramai dengan tetamu. Pakcik depan tu pun pelawa masuk. Dengan muka selamba aku dengan Midah masuk, tak terpikir lak, yang kitorang masuk tu rumah orang lain. Selamba je aku tanya pakcik tu, Mazni mana pakcik? dengan gelak besor pakcik tu gitau, Mazni kat rumah sebelah, salah rumah ni... Grrr.... semua tetamu pakcik tu ketawakan kitorang.
Midah dok bising2 kata malu. pakcik tu lak ajak makan. Dengan muka tengin aku salam isteri pakcik tu. Aku kenal pakcik tu sekeluarga, tapi tak besar2 ni dia tak kenal aku. Hehehee... lepas borak2 kenalkan diri, aku angkat bontot. Pegi rumah mazni lak. Sampai rumah Mazni, Tik dgn Nana dah sampai. Punya la gelak besar pasal aku tersalah rumah... Sumpah aku tak perasan sebelah rumah pak zainal tu ada rumah lain... huhuhu... sorry le maz!
Posted by dina at 12:12 PM 3 pengkomen
Labels: kawan2
Monday, November 30, 2009
si pemalas ini...
aku dah malas nak berblog, hidup makin sibuk, makin banyak perkara nak di hadapi. aku tak ada masa lagi nak bersantai2 sambil baca blog kwn2... maafkan aku... huhuhuh...
aku rasa lebih baik aku berhenti seketika sementara aku sibuk ni, jangan le korang marah2 aku sebab tak update (err...ada ke yg kisah?) nanti bila aku betul2 ok tak busy aku update ye....
Posted by dina at 3:55 PM 5 pengkomen
Biar mati anak jangan mati ADAT?
Posted by dina at 2:24 PM 2 pengkomen
Labels: adat
Monday, November 23, 2009
Caca merba....

Jumaat lepas pukul 9.30 malam, aku balik Ipoh, cousin aku Bib kawen. Drive sensorang memalam cuma ditemani anak aku yang tidur. Tapi aku di escort oleh 2orang pakcik aku yang macho. Sorang depan sorang belakang. Gara-gara encik suami yang risau pasal aku nak balik pagi sabtu sorang2. So, dia cadangkan ikut pak2 sedara aku yang memang nak balik Ipoh gak. Kurang adventure la aku sebab tak penah drive sorang2 di malam hari.
Sampai je Ipoh terus pegi rumah yang ada kenduri tu. Tengok semua tertutup, aku malas nak kejutkan orang yang tengah tidur, maka aku tidur dlm kete. Hujan lebat. Sejuk gilos. nak tak nak aku call cousin aku suh buka pintu pasalnya, aku nak terkucil. tak tahan dah, hujan mencurah-curah di luar.
Sabtu pula lepas kenduri bergegas aku ke Vanggey, GM Ipoh, ada meeting dengan member2 persatuan bekas pelajar. We all nak buat reunion pada 12-12-2009. Tempat sudah tukar, sebab kalau buat di kawasan air terjun, sekarang ni musim hujan. Takut juga kalau2 ujan mencurah2 takleh nak buat apa, air terjun air selalu naik kan.
Berbanyak terima kasih pada Yus, sebab mensponsor makanan dan minuman petang tu. Terima kasih juga pada semua yang hadir, bagi kerjasama dan bagi pendapat yang bernas macam beras bernas.
Akhirnya keputusan di buat, majlis reunion akan diadakan di Sunway City, Tambun, Ipoh pada 12-12-2009. Sesiapa yang berminat untu menyertainya sila ke http://www.facebook.com/pages/Ipoh-Malaysia/Sekolah-Menengah-Kg-Dato-Ahmad-Said-Ipoh/288332270407?v=app_2344061033&ref=mf#/event.php?eid=340703020180&index=1
untuk maklumat lanjut.
aku dgn midah, vogue gile minah ni dah mcm artis aku tengok...
rizal
nasd
missda
Bab
Ni semua di antara yang hadir pada meeting singkat sabtu lepas...
Okeh, aku nam sambung buat keje...
Posted by dina at 12:56 PM 5 pengkomen
Labels: kawan2
Friday, November 20, 2009
Misteri Perempuan dan Cermin
Tajuknya macam seram tak? Misteri tu... wahahaaa.... aku nak tanya kawan2 (macam rancangan kanak2 lak) agak2 korang la kan, kalau perempuan hidup tanpa cermin gimana? Indah ke hidupnya? Cermin ni maksud aku cermin menyuluh kecantikan wajah dan tubuh badan la, sila abaikan tentang cermin mata, cermin sisi, cermin tingkap, takde kena mengena ek... yang aku maksudkan cermin yang menyuluh muka jelita korang setiap pagi, petang siang malam...
Dulu masa aku zaman remaja, mak selalu tegur "jangan tengok cermin malam2 nanti hilang seri wajah" betul ke? Lepas tu, mak cakap "muka kau ni siang mak tengok hitam jek, malam nampak cerah, tu la suka tengok cermin malam2" sejak tu aku macam takut nak tengok cermin bila lepas maghrib. sampai le sekarang. kalau boleh taknak lalu depan cermin kalau malam menjelang.
Tapi cermin dgn aku memang tak boleh dipisahkan. macam isi dengan kuku. tanpa cermin aku tak lalu nak makan. takde cermin aku was2 je dalam hidup. kehidupan seharian aku akan menjadi murung kalau takde cermin. at least aku nak tengok juga samada bulu hidung terkeluar ke tak. tahik mata bertempek ke tak...
Korang rasa korang boleh hidup tak kalau takde cermin?
Posted by dina at 9:18 AM 7 pengkomen
Labels: merapu
Tuesday, November 17, 2009
Flaming Stimbot...
Posted by dina at 9:50 AM 13 pengkomen
Labels: makan2


