Thursday, March 5, 2009

Hidup dan Kebetulan

Dalam hidup korang pernah tak ada kebetulan? Contohnya, korang pernah belajar di satu tempat. Kemudian bila bekerja, kebetulan kawan kau orang bekerja di tempat yang sama. Aku ada beberapa situasi kebetulan yang tak pernah aku terfikir akan terjadi.

Situasi 1

Aku pernah kursus di Kedah. Ada seorang kawan lelaki yang agak lembut dan ramah bernama Sarul. Selepas kursus aku tak pernah jumpa dia. Kemudian aku duduk KL (rumah aku sekarang), ada jiran aku di belakang rumah sebaya dengan aku dan berasal dari Kedah. Dah lama dia tinggal di situ, tiba-tiba dia ajak aku datang ke rumahnya. Kami sembang2 sambil tengok album gambar kahwinnya. Aku terpandangkan gambar Sarul, rupa2nya dia kawan baik jiran aku masa sekolah menengah. Kebetulankan?

Situasi 2

Aku kenal suami aku lewat tahun 1994. Tapi tak pernah jumpa ahli keluarga dia. Tak pernah kenal siapa saudara mara dia. Masa merisik, keluarga suami aku dtg, tiba-tiba adik ipar aku cakap kat aku "Eh, Mar tu adik Kak Dina?" rupa2nya adik aku dan adik ipar aku pernah berkawan sebelum ni.

Situasi 3

Kawan suami aku datang bersama isterinya melawat aku yang baru lepas bersalin. Sambil sembang-sembang, isteri Rizal (kawan suami aku) bertanya. "Akak, pernah kursus kat Kedah ye dulu" aku angguk! Dia soal lagi, "akak kenal kak Nang?" aku angguk dan agak teruja sedikit. "Kak Nang tu kakak saya, saya pernah nampak gambar akak kat album dia"... sangat2 kebetulan.

Korang pernah ada kebetulan begini? Biasanya kita akan kata, aduh, kecilnya dunia!

11 comments:

Sulela said...

Nope, never...hehehe. Aku kekadang berharap gak adanya kebarangkalian yang membolehkan wujudnya kebetulan yang camni tapi... nope...never...hehehe...

aku rasa nak kene ada faktor ramai kawan gak dalam hal camni...

dina said...

@Sulela- adik aku selalu kata, "ish, novel ni mcm tak logik je, byk sgt kebetulan" tapi sebenarnya dlm hidup memang banyak kebetulan la. faktor ramai kawan tu mungkin salah satunya kot!

caluk@cencaluk said...

kebetulan lak kenal kau ha ha

soulman said...

ehh .. ni saper nih .. hmmm ...

eija said...

kbtulan ea..

em ap ea,ha sy bru ingat.. kbtulan sy terjumpa bf(kisah lama) sy dengan awek bpegangn tgan..

huhu..

Sulela said...

Dina, aku rasa hidup ko musti ceria sentiasa, kan? Banyak sungguh kebetulan dalam hidup ko...hehehe. Kebetulan yang best tetap disimpan dalam memori tapi kebetulan yang tak best, sila campakkan ke dalam longkang...hehehe

Maya said...

Kebetulannye cousin aku kahwin dgn x-bf aku. Masa dorang sanding, aku melopong. Tapi tak pe, time dia bersanding, anak aku dah 2... hehehe..... Lagi satu kebetulannya, dlm sibuk2 aku nak tahu siapa si Robert (bakal suami adik ipar aku) yg mak mentua aku benci sesangat tu... rupanye budak tu adik kawan sekolah aku. Adik si Jamilah yg dulu2 sgt kuat menangis. Bila aku & jamilah berjumpa semula, gamatlah seisi rumah. Tak sangka adik ipar aku nak kawen dgn adik dia!....

gee said...

apa yang gee harap menjadi betul..semua tak menjadi hehehe..paham ke..

Tie said...

Hmm....kak tie tak ingat lak samada pernah mengalami situasi kebetulan tu....Mungkin hidup kak tie benar2 dirancang...bukan kebetulan, kot! Hi hi...

anak manjoi said...

aku pernah beberapa kali juga berlaku kebetulan dlm hidup aku nih,...

~ kawan sebilik aku di asrama, dah 2 tahun x berjumpa, jumpa di luar panggung wayang, kebetulan nk tgk cerita yg sama, dan kebetulan juga duduk bersebelahan dgn dia,... =D

~ ada sorang kawan aku kenal di pusat latihan memandu, x tau kenapa, teringin bertukar nombor dengan dia (walaupun perkenalan pertama kali), dan kebetulan pula sama kolej dengan aku lepas tu,.. =D

~ anakmanjoi =)

dina said...

@caluk- aku kenal kau ke?

@soul- eh eh, kau sapa lak?

@eija- kalau kebetulan jumpa bf lama, mula la syahdu... hehehe

@Sulela- hidup aku memang sentiasa ceria. kalau kebetulan menyedihkan pun aku bisa hidup ceria. aku ni memang 24jam akan ceria... hhehee

@Maya- itu memang kebetulan yang mengejutkan ye... huih, kalau aku sh2 terjerit2 tak percaya.

@gee- paham, paham...

@Tie- hahaha... mungkin kebetulan tu ada tanpa kak Tie sedari

@anakmanjoi- wah, berjodoh betul kau dgn kwn kau tu...