Friday, April 3, 2009

Mi Kari Tulang Lembu


Semalam akibat jemu makan nasi berlauk, maka aku buat mi kari. Di bawah ini resipi dia.

Bahan2 untuk kuahnya:-
300gm tulang lembu (direbus hingga empuk)
1 mangkuk kecil ikan bilis*
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
(bahan yang ditanda * dikisar)
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 sudu serbuk kari daging
3 sudu minyak masak
2 batang serai
3 keping asam
1 mangkuk kecil santan pekat
garam dan gula secukupnya

Bahan lain
3 tangkai sayur sawi di celur
4 batang isi ketam
5 biji prawnball
bawang goreng
Mi kuning (basuh bersih dan celur)

cara membuatnya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bhn kisar hingga naik bau.
2. Bancuh serbuk kari dan tumiskan bersama buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
3. Setelah naik minyak masukkan tulang lembu bersama air rebusannya, kacau.
4. Masukkan serai dan asam keping.
5. Masukkan santan dan biar ia mendidih.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Potong bahan2 lain dan celur.
8. letakkan bersama mi dan tuang kuahnya.
9. Sedia di hidang.

Try le masakan ni...

5 comments:

Jenna said...

alamak dina!! walaupn takde gambar mi kari ni... dh terliur rasa nk cuba resepi ni....

F A R Y N said...

mee kari...owhhh...
aku suka....

nanti bley la aku dtg umah ko yer...
ahahahahaa

sukarnosuryatmojo said...

aku tunggu mi kari punya dina dikirim ke tempatku

dina said...

@Jenna- kau try le resipi ni Jenna

@Faryn- nanti kalau aku buat, aku jemput kau datang rumah ye...

@sukarno- kalau ku titip untuk kamu, pasti mi nya saja boleh di makan,, kuahnya sudah kering barangkali...

anyss said...

Adoiii la...kebuloq!

Fuyooo...jauh banget kau dikirim me kari Dina kali ini...nasib baik ada air asia hu hu hu