Thursday, May 6, 2010

Belangkas & Bengkarung

gambar kontroversi (bukan gambar sebenar)
(gambar diambil dari blog My Passion-Cik Nanie)

Petang itu Lyn dan kawan-kawan pergi mencari kerang-kerangan di Pantai Remis. Sambil membeli beberapa kilo mentarang, kepak, kinjing dan kerang, dia mengambil gambar-gambar yang indah. Tak terkecuali gambar Belangkas. Dalam masa yang sama, dia bercerita untuk meletakkan gambar Belangkas di Facebook dengan tujuan gurau senda. Lyn teruja untuk meletakkan gambar belangkas dan men'tag' Fera dan Fizo, sepasang kekasih yang sering berdua-duaan. Memang mereka digelar belangkas. Sebab kedua-duanya adalah pasangan romantik.

Tujuan Lyn tidak lain dan tidak bukan hanya untuk bergurau senda. Lagi pula, padanya tidak salah, kerana kedua-duanya itu teman rapat Lyn. Bukan saja satu tempat kerja, malah kedua-duanya bagaikan adik kepada Lyn. Malam itu Lyn membuka facebook untuk melihat komen yang datang dari Fera dan Fizo. Namun komen pertama membuatkan Lyn rasa lain macam bila Benny yang komen "apa motif kak Lyn letak gambar ni?". Lyn menerangkan motifnya tanpa bersalah.

Tapi tiba2 Fizo mengkomen tidak puas hati kerana Lyn menggelarkan mereka belangkas. Dengan komen yang menyakitkan hati dari Fizo membuatkan Lyn mencari-cari salahnya. takkan bergurau pun tak boleh, sedangkan si Fera tahu dia hanya bergurau. Dan Benny kawan baik Fera dan Fizo pula bagaikan batu api antara Fizo dan Lyn. Benny terus mengecam Lyn di Facebook dengan menyatakan Lyn bermulut kotor sehingga patut di cuci dengan clorox. Hati Lyn perlu direndam dengan vanish, kerana menyamakan Fizo dan Fera dengan benda kotor (Belangkas). Kata-kata Benny sangat menyakitkan hati pada sesiapa yang menjadi kawan Lyn.

Lyn tiba-tiba blur, kerana gambar belangkas dia dimaki hamun oleh kawan2 Benny dan Fizo. di facebook. Lyn menangis pada aku... menceritakan segala2nya. Aku terkedu, kerana aku tahu betapa rapatnya Lyn dgn mereka. Kerana tahu betapa Lyn hanya bergurau dan tiada niat untuk menghina. Dan kini hubungan mereka retak... dan bakal berterusan!

Dalam pada itu aku belajar suatu perkara, walau rapat macam mana pun kita dengan kawan2, ada masanya kita tidak boleh juga bergurau! Dan aku tiba-tiba teringat kisah Bengkarung... walaupun bukan niat, tetapi bila pemahaman orang yang terbabit adalah salah, maka, segalanya akan musnah! Kerana Belangkas dan Bengkarung yang kisahnya berlaku serentak aku belajar sesuatu... berkawan biar berbatas! Bukan semua orang boleh terima gurauan kita, bukan semua orang menganggap kita teman rapat. Walaupun hubungan itu terjalin lama... dan kerana Belangkas dan Bengkarung aku hanya boleh menganggap kawan2 hanya mewarnai kehidupan kita bukan untuk berkongsi apa-apa!

6 comments:

azieazah said...

Ya.. belajar dari kesilapan orang pun penting juga...

caluk@cencaluk said...

eerrrkkk x nak komen

anyss said...

Mmmmm goreng pun sodap!
Aku makan mentarang goreng kat Bagan Lalang ari tu...sedap!

somuffins said...

Kalau dengan kawan2 rapat dah macam tu, dengan adik beradik, ipar duai apa tah lagi. Tul tak Dina?

somuffins said...

RALAT: I cakap terbalik ..

Dengan adik beradik dan ipar duai boleh gaduh2 cam tu; apa tah lagi dengan kawan2 wpun dah rapat, tul tak Dina?

dina said...

lama tak jenguk blog...

mokyang- betul mokyang, kerana kesilapan jari sesedap rasa jari org lain membalas.

caluk- komen la, sepak kang!

anyss- aku baru balik dr pantai remis beli kinjing... tapi aku kureng dgn kerang2an.

kak som- 100% betul tu kak... kena jaga tingkah kata setiap ketika