Sebab kan tahun lompat, 4 tahun sekali jek datang tahun ni... 4 tahun lepas tak ada kot entri aku pada tarikh ni, so nak tunggu 4 tahun lagi kan panjang. Dua hari lepas Hari Lahir Ain yg ke 8... Dah hebohkan dah kat FB yang aku buat surprise sket untuk dia... Saja je aku buat macam tu, bagi dia rasa yang hari lahir dia dihargai. Supaya dia akan hargai setiap manusia setiap kali datang tarikh istimewa.
Surprise bukan apa pun, beli kek kecik sebijik and sorokkan masa makan malam kat Pizza Hut, Pizza je pun kan... Tu pun atas permintaan dia nak makan Pizza. Memang aku bagi kek tu suruh budak keje Pizza tu simpan dulu until Ain finish her dinner. Biasalah dia akan order Spageti Bolognese dgn Milo Ice & ice cream, tiap kali pegi Pizza tu le menu dia. Lepas makan je, budak Pizza tu agaknya duk perati jek ain bila nak habis makan, sebab lepas je ain habis makan, budak tu terus hantar kek sambil nyanyi ramai2.
Ain muka masa tu muka terharu. Sambil cakap "apa mak & abah ni rahsia2 macam ni, tak suka tau..." eleh! tak suka kunun. Sebenarnya abah dia pun taktau mak surprise macam tu... hehehe... Incek Hubbybaby ingat aku beli kek and terus bawak ke meja. Menjadilah surprise tu. Lenkali besday Incek Hubbybaby ai nak bikin surprise bagi dia terkejut sampai jatuh kusi... hakhakhak! Comel kan?
Geli!
Hahaha...!
Apa2 pun, Selamat Hari Lahir untuk satu2nya anak dara yang aku ada... Ain Hakima semoga jadi manusia berguna dunia dan akhirat!
senyum :)
5 pengkomen:
Assalamualaiukm,
La la la....bila la pulak nak superrice kat bangi
Dina
Yaaa, memang harus buat entry pada 29/2 sempena tahun lompat, hehe..
Happy belated birthday to Ain. Tak ambik gambar masa makan kek besday ke??
@anyss, surprise utk kau? nanti ye... memang ada surprise... tapi aku pun tgh tunggu!
@kaksom, ada gambar, tak sempat upload lagi, line lambat sgt kak... tensen nak tunggu...
ahakan tu yg tahun ni aku terconfius..hihihihi sbb ada 29 feb kan
adik, hehehe, seb baik anak aku lahir 27hb tak 29hb...kalau tak 4thn skali la dia buat besday...jimat2
Post a Comment