Friday, January 11, 2013

1st entry at 2013

Hamboi kan main kan, tajuknya... pehtu tah berapa bulan sekali baru nampak lagi entry seterusnya. Kemalasan berganda kekdahnya. Lagipun tak ada idea nak menulis, mungkin faktor sibuk atau faktor usia... miahaha! Dulu masa rajin berblog sebab rajin baca blog orang, kemudian seronok nak update blog dengan macam2 cerita harian. Sekarang nak melayan cerita harian pun tak ada masa. Kadang-kadang tak tahu, apa cerita best setiap hari. Maklumlah busy bebeno...

Kalau hari biasa kerja dari pagi sampai ke petang. Petang ambik anak balik, masak. Kadang2 meeting komitee kawasan kejiranan. Kadang2 pegi Masjid ada majlis ilmu. Sabtu Ahad sekarang pun ada aktiviti. Kalau tak make up kan orang, pegi cari barang untuk jualan internet. Tidak pun bawa anak2 Ain, Hakim & Qaisarah pergi berenang ke, pegi playground ke... memang penuh aktiviti seharian. Hakim dan Qaisarah tu dah macam anak kandung aku dah. Weekend jek rumah aku lah tempat diorang. Kalau aku tak kerja agaknya, memang aku yang jaga dua2 kot. Kalau tak jumpa memang rindu le. Kadang2 seminggu aku tak jumpa diorang sebab ada kerja lain masa weekend, bila aku datang rumah, dua2 lompat nak peluk ketat2... :) shomel! Justeru itu aku bersyukur cuma ada sorang anak... sebab nanti sure anak2 sedara tak boleh nak manja2...

Cucu Cik Tipah dah 4 orang dah termasuk keluaran terbaru pada 22-12-2012 lepas, dari Joe & Liza kat Mentakab tu, Muhamad Syakir Zufayri namanya... Masa Jo call Cik Tipah kul 2 pagi gitau isterinya dah masuk hospital sebab air ketuban dah pecah... lepas Subuh we alls bersiap nak ke Hospital Temerloh. Masa tu aku dengan Cik Tipah kat Batu Gajah. Hahaha... punya excited nak tengok manusia baru kan... Sempat pula jalan-jalan kejap ke Fraser Hill. Ain 2kali le muntah monggek sebab tak tahan jalan macam ular kena palu... tapi berbaloi la dapat tengok adik kecik... :)

Tiga orang buah hati pengarang jantung, Ain, Qaisarah & Hakim
yang belakang tu co-driver, Syida-adik aku

Muhamad Syakir Zufayri

aksi Hakim

datang jelesnya sebab opah dah ada baby baru... 

No comments: